08 September 2021

68.8 populasi dewasa telah lengkap dua dos vaksin

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.



Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 20,677,827 individu atau 88.3 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 36,745,313 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 313,751 dos diberikan semalam dengan 132,640 menerima dos pertama sementara 181,111 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 7/9/2021

Tiada ulasan: