06 Januari 2014

Halal darah: Laporan polis serentak seluruh negara

4 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkait dengan 'bughah' dan 'halal darah' sebagai berbahaya.

Timbalannya Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, melabelkan peserta himpunan pada 31 Disember 2013 yang lepas sebagai bughah (pemberontak) dan halal darah adalah berupa hasutan yang boleh mengundang kepada kekacauan ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara Malaysia.

Justeru katanya, DPPM dan dewan pemuda PAS kawasan di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014).

"Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan beliau itu.

"Saya juga berharap Tan Sri Harussani akan sedar kesilapan di dalam kenyataan beliau dan menarik balik sesegera yang mungkin agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Tiada ulasan: