18 Oktober 2021

Keris dan tombak purba ditemukan di Jawa Tengah

 

ANTARA harta karun purba yang ditemukan di Sungai Menganti di Kabumen, Jawa Tengah. - AGENSI

KEBUMEN: Sebanyak 15 objek yang dipercayai harta karun purba ditemukan di tepi Sungai Menganti, Kampung Karangduwur di daerah Ayah, di sini baru-baru ini.

Sejumlah imej dan video yang menunjukkan kesemua harta karun tersebut menjadi tular dalam media sosial.

Penyelaras Pasukan Tindakan Bencana Kabumen, Sukamsi mengesah penemuan itu.

Katanya, kesemua harta karun itu ditemukan seorang penduduk yang bekerja menjaga kawasan sungai.

“Pada mulanya, dia temukan kira-kira 13 objek berupa keris, panji dan tombak tertanam di dalam tanah sebelum menemukan dua lagi objek selepas itu.

“Lokasi penemuan itu jarang dikunjungi orang ramai dan kesemua harta karun tersebut sudah dibawa keluar untuk diperiksa,” katanya.

Setakat ini, kesemua harta karun itu disimpan di Lembaga Masyarakat Desa Hutan.

Tiada ulasan: