05 September 2011

Trend baharu fotografi guna lampu picit

7 Syawal 1432H. [MOD] -

ANTARA gambar yang disiarkan dalam laman Darren Pearson-Home di Internet dengan menggunakan lampu picit.

SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis dari sini, Darren Pearson menghasilkan fotografi dengan menggunakan lampu picit kecil.

Lampu itu digerakkan supaya ia boleh menghasilkan bentuk haiwan seperti dinosaur dan objek-objek lain.

Trend tersebut popular dalam kalangan jurugambar muda sehingga Pearson turut mempunyai blognya tersendiri bagi membincangkan teknik fotografi itu di laman Darren Pearson-Home.

Antara laman yang membincangkan teknik itu ialah thelightpainters.com.

Darren juga mengajar teknik tersebut di laman YouTube. - Agensi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teknik ini telah pun ada di Malaysia. Saya menonton anak2 muda kita mempeloporinya dlm rancangan Sejuta Impian di TV3. mereka melakukan demo dan hasilnya amat menakjubkan.