6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 37 maut dan berpuluh lagi cedera dalam serangan bom di sebuah masjid Syiah, awal hari ini yang dianggap kejadian berdarah paling buruk sejak 2008.
Kejadian itu berlaku di kawasan kajiranan Waziriyah di utara Baghdad apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam masjid kira-kira jam 6.40 petang waktu tempatan ketika jemaah sedang bersolat.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, lebih 37 maut manakala 55 lagi cedera.
Sebaik kejadian bom berkenaan, penduduk tempatan mengenal pasti seorang lelaki yang bersedia untuk meletupkan dirinya sebelum berjaya menembaknya.
Setakat ini belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan di Masjid Tamimi itu. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan