12 September 2013

Serangan bom beracun di Syria


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,
DAMSYIK: Selepas penggunaan senjata kimia yang membunuh ratusan rakyat khususnya kanak-kanak bulan lalu, Syria dikejutkan sekali lagi dengan serangan bom beracun hari ini.

Insiden berlaku berhampiran balai polis daerah Jobar, dan menyebabkan beberapa kecederaan.


Difahamkan bom tersebut mengandungi bahan klorin yang menyebabkan lemas, sawan dan berpeluh yang melampau. 



Shaam News Network (SNN) melaporkan serangan itu menyebabkan penduduk di kawasan tersebut panik dan segera menyelamatkan diri.



Mereka khuatir bahan kimia akan dibebaskan sekali lagi di kawasan itu, mengulangi insiden serangan senjata kimia di kawasan itu oleh rejim Assad tiga minggu lalu. 



Pertembungan yang berterusan sedang berlaku antara Rejim Assad dengan Mujahideen FSA di kawasan itu di selatan berhampiran Bandar Zamalka, Daerah Jobar dan barisan hadapan Abbasiyeen. 



Tentera rejim juga telah membuat serangan di kawasan tersebut dengan meriam.



Serangan kimia tinga minggu lalu menyebabkan Amerika mengugut untuk campur tangan menyerang Syria.



"Penyelesaian" yang kononnya atas dasar "diplomatik" ekoran inssiden itu yang dibuat Rusia dan disokong Amerika Syarikat dilihat tidak mendatangkan sebarang faedah apabila senjata kimia terus digunakan.



Penyelesaian yang dicadangkan sebelum ini adalah menggesa rejim Assad untuk memindahkan senjata kimia mereka, bagi mengelakkan serangan dilakukan ke atas Syria oleh Amerika Syarikat dan masyarakat Antarabangsa.

Tiada ulasan: