22 Februari 2010

Mustapa memang pengkhianat kepada rakyat Kelantan.

7 Rabiul Awwal 1431H.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak. Seperti yang dilaporkan oleh bernama hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu cuba membela dirinya dengan berkata berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.



Beliau juga mendedahkan dengan katanya "Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri,"

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

Dilihat dari jumlah itu saya kira jauh dari penghinatan yang dilakukan oleh Musataf yang menyekat dan menafikan wang royalti yang jauh lebih besar dari itu , malah melebihi 1 billion Ringgit.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa mendakwa telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini. Sekali lagi rakyat kelantan hendak "dibodohkan" oleh beliau yang cuba menegakkan benang basanya.

"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.

Mustapa cuba membela dirinya sendiri dengan menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat. Namun hakikat dari rakaman yang disiarkan diatas jelas dialah pengkhinat yang telah menghalang peruntukan saebenar turun ke kelantan.

Mengulas mengenai surat layang yang memburuk-burukkan veteran Umno dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana menggunakan platform pembangkang untuk menyuarakan pandangan berhubung isu royalti minyak, Mustapa berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tidak bersetuju kerana memang terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tetapi ia boleh dibincang dan diperdebatkan melalui fakta sebenar," katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila umno perintah kelantan nanti dapatlah 1 billion tu???

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

KALAU DATO' MUSTAPA MOHAMED ADA HUJAH YG BENAR, KENAPA TIDAK MENYAHUT CABARAN DEBAT DENGAN DATO' HUSAM MUSA DAN YB SALAHUDDIN AYUB?

JIKA DATO' MUSTAPA MOHAMED MERASA DI PIHAK BENAR, SEBAIKNYA DI BUAT DEBAT PERDANA SEPERTI DEBAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN DATO' SHABERY CHIK DAHULU YG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI TV1 ATAU MANA-MANA CHANEL TV...

DATO' MUSTAPA BOLEH BERGANDINGAN DENGAN DATO'SERI MUHYIDDIN YASIN SERTA DATO' HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN , 3 LAWAN 3, BERDEBAT DENGAN YAM TENGKU RAZALEIGH YG BERGANDINGAN DENGAN TUN SALLEH ABBAS DAN WAKIL KERAJAAN NEGERI DATUK PADUKA HUSAM MUSA SECARA LANSUNG,

SETIAP SEORANG DISEDIAKAN ROSTRUM MCM CALON PRESIDEN AMERIKA DAN INDONESIA, BARU REAL. BOLEH JUGA SEDIAKAN BAHAN2 YG PERLU UNTUK MENYOKONG HUJAH JIKA ADA...

BARULAH RAKYAT DAPAT MENILAI BETOL2 PIHAK MANA YG BERBOHONG KEPADA RAKYAT DAN TAMAK KEPADA HARTA RAKYAT ATAUPON PIHAK YG TAKUT KEPADA ALLAH DAN INGIN MELIHAT DUIT MINYAK INI SAMPAI KEPADA SASARAN RAKYAT YG MISKIN (ORG2 MELAYU) DAN BENAR2 PERLU DIBELA.