01 Oktober 2009

Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

HarakahDaily.Net/-

8 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Ini lah dia wajah pendokong wadah UMNO..!!! Itulah antara perjuangan mereka...!!!

Tanpa Nama berkata...

dadah dan rasuah musuh pakatan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

patutlah tak tau kemana hilangnya wang royalti minyak terengganu, begini akhlaknya UMNO...

Tanpa Nama berkata...

patutlah BN tak mau bagi royalti kepada kelantan, sebab tak boleh enjoy...

Tanpa Nama berkata...

ini boleh jadi calon UMNO bagan pinang...sesuai dengan aspirasi 1 malaysia.

akulajuki berkata...

Maaf YB, saya confuse sikit ni tentang berita di atas. Saya ada terbaca di laman blog (tukartiub.blodspot.com) lain yang menyatakan yang ditahan polis tu dikatakan pemuda PKR. Boleh YB jelaskan sikit.

armouris berkata...

info tentang dadah kat sini - Faktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

Tanpa Nama berkata...

jangan menuduh umno bagan pinang begitu tak baik , dadah tu haram , kita iorang dekat bagan pinang ni cuma mabuk mabuk air akar pinang aje, lagi kick tau