01 Oktober 2009

Kesahihan MB Perak, Mahkamah Persekutuan dengar 5 Nov

Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar rayuan Mohammad Nizar.

zambry and nizarMohammad Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan Menteri Besar Perak Menteri bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah

MalaysiaKini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib akan pengaruhi mahkamah tak ????

Tanpa Nama berkata...

itu dah sebahagian dari keja dia dengan harapan ruang PR menonjolkan corak pemerintahan tidak dapat dirasai rakyat,dengan harapan beliau dapat bonus dari mana2 bahagian isu atau kejadian yang menunjukkan PR tidak boleh dipercayai dan sepantas kilat media yang duk dapat lesen dari Kementerian Penerangan diwajibkan 150%mengeluarkan atau expose isu secara menggila bagi menarik semula sokongan rakyat pada Be End,semua jentera kerajaan diperkuda menteri parti pemerintah secara haram dan menyalahgunakuasa yg diperolehi dengan menipu rakyat supaya memilih mereka seterunya mengaut sebanyak man mungkin kekayaan semasa berada didalam kuasa,nanti tua boleh duk rileks p masjid bertaubat sembahyang banyak2kan Allah tu Maha Pengampun,yang rugi Pemimpin PR mcm kita ni,ade duit ngan kuasa gi duk bagi cina kampung yg miskin tanah yg bertaun,bermoyong depa duk bagi jadi milik bukan dia p bagi tanah kosong kat hulu perak,kat kampar or slim p buka utan n bagi kat cina siot,yang ah meng ngan ng sing kaw duk warisan nenek moyang mereka yg dah mati depa tu dulu buruh yg enggeris bawa masuk berkerja dilombong,ari ni depa yg melombong budak melayu bawak kapal korek(excavator)-kami akan membela ketuanan melayu-porah..sembang nak muntah...dulu yg keja amik sampah kat pekan sebagai buruh am majlis tempatan sapa n dari bangsa mana,la sapa2 yg baca komen aku p semua pekan yg ada pbt p kira cina yg jd buruh bapa org dlm perak cukup..barua haram jadah punya lidah penipu..rakyat didahulukan pekebende..minyak naik senyap bisu tak info kat rakyat yang pangkah YB tolong wakil mereka angkat masalah mereka bagi selesai,rakyat dibawah bukan nak lebih,cukup tempat tinggal,teduh dr hujan,pendapatan yg cukup untuk urus diri dan keluarga,kesihatan yg baik dan berkualiti,pendidikan yang maju dan mengikut peredaran zaman,bukan g duk taja lumba f1,ape kebende kalo ade rakyat tempatan duk podium ok la gak,ni duk syok org ckp malaysia-UAE buat pe bro semua Ali Jabir Palm(pulau buatan yg bilioner2 dunia beli aset atas tu,jalan mengatasi jutawan2 arab p enjoy kat negara lain,tu bab yg negatif tak payah duk p ceduk la,bila aku nengok muka nizar aduh jatuh hati betul,tabah hadapi pemerintahan,planner,target dia org rosakkan dengan kudeta n bila zamri respon kat tv ke radio aku jadi meluat tahan gaban tul kat dia,bodoh punya ckp la bro nizar time duk pejabat mb,jgn kat tv duk siar yg baik radio negeri haram memandang yop,takpe la ikon ku nizar,Allah sudah memilih dah mengaturkan pejalannan hidup hamba2 yg dikasihi dan dimurkai..sama2 la kita pohon ampun dan bertaubat di bulan mulia ini semoga ditempatkan disurga kelak.amin yarabbalalami..wallahualam..geram wal bengang giler...kembalikan hak rakyat,bubar dun..jgn pekak badak...

Tanpa Nama berkata...

keputusan mahkamah najib telah diketahui.

ZAMRI kecik's berkata...

Saya cadangkan, semua ADUN PR Perak letak jawatan seorang demi seorang seandainya keputusan Mahkamah memihak kepada BN. Kita buat pemerintahan BN Perak dipenuhi dengan PRK. Kita buktikan rakyat Perak mahukan Pilihanraya semula. Alang2 dah tak dapat perintah. Biar kucar kacir BN bila banyak PRK. Sebab setiap kali PRK. BN/UMNO akan bergaduh sesama sendiri.
Saya harap YB usulkan perkara ini kepada kepimpinan...