LIMA: Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran magnitud 7.5 pada skala Richter melanda utara Peru.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan akibat gempa bumi pada jam 5.52 pagi waktu tempatan hari ini.
Gempa yang dikesan kira-kira 45 kilometer (km) ke utara Barranca, pada kedalaman 80 km itu mengakibatkan gegaran yang menyebabkan beberapa bangunan runtuh.
Gegaran akibat gempa itu juga dirasai sehingga beberapa kawasan di Brazil, Colombia dan Ecuador.
Barranca adalah kawasan yang tidak ramai penduduk kira-kira 165 km ke utara Lima.
USGS turut memberi amaran bahawa wujud kemungkinan berlaku tanah runtuh akibat banjir lumpur. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan