28 November 2021

PAS buat keputusan bertanding PRN Sarawak malam ini

 Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sempena Lawatan Kerja Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) di Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, di sini. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sempena Lawatan Kerja Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) di Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, di sini. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

PASIR MAS: PAS akan membuat keputusan sama ada akan meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, malam ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat yang akan diadakan, malam nanti.

"Kita (PAS) akan membincangkan perkara ini dengan teliti berhubung calon pada PRN Sarawak," katanya ketika ditemui sempena Lawatan Kerja Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) di Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Hanifa Ahmad; Pengerusi Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha.

Tuan Ibrahim, yang juga Menteri KASA berkata, mesyuarat berkenaan tidak diadakan di Kelantan, namun enggan mengulas lokasi sebenar.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN Sarawak.

Beliau berkata, BERSATU hanya akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri berkenaan pada 18 Disember nanti.

Perkara itu, katanya, diputuskan ketika perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, yang juga Presiden GPS.

BHARIAN.

Tiada ulasan: