25 Julai 2009

Empayar Nestle dan Kejahilan Umat Islam

Oleh : Zamri Keciks

100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk

Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan.

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nescafe-darah-palestin Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

* Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
* Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

12 ulasan:

Awanama berkata...

gunakan hpa malt koko atau kopi radix utk ganti produk nestle..

Awanama berkata...

sejak tahun lepas saya dah mula minum vico. walau tak sedap macam milo. tapi cokolat juga.

Awanama berkata...

saya dah lama tak minum apa juga produk yang bermula dengan perkataan NEST.... sebab itu merupakan produk ISRAEL

Sulaiman berkata...

HPA Koko Radix boleh gantikan Milo dan HPA Kopi Radix boleh gantikan Nescafe.

Bezanya, Koko Radix adalah adunan bahan berunsur dingin manakala Milo panas.

Kopi Radix pula adalah adunan 7 herba terpilih yang mana kandungan kafeinnya adalah pada tahap kosong walaupun rasanya masih berunsur kopi. Manakala Nescafe mempunyai kandungan kafein yang begitu tinggi yang boleh membuatkan perut yang kosong akan menjadi bermasalah.

Belilah barangan HPA yang dijamin Halal dan Amat Baik untuk kesihatan.

Awanama berkata...

salam.......
boleh ke produk berasaskan koko umat Islam mengatasi produk nestle... kalau ada hebahkan la..
KITA TUKAR MILO KE PRODUK MUSLIM YANG SETANDUNG DGN MILO.............
TUKAR JGN TAK TUKAR............

Awanama berkata...

Hmm...

K Lime chocolate pun dah ada.Bah kan lagi sedap dari Milo tuh..

Yang aku perasan, boikot nih jadi bermusim.Dah abis perang, bei barang depa balik.

Kesedaran terhadap tanggungjawab kita pada saudara seagama seharusnya menebal di jiwa umat Islam di Malaysia.Tapi di mana kah silapnya?

Awanama berkata...

baik kita pakat-pakat beli barangan HPA bnyak lagi produk yang menarik..tolong ekonomi islam dapat pahala besar..boikot nestle dan seangkatan dengannya.."Mai radix secawan"

Awanama berkata...

Banyak lagi koko keluaran Islam bukan HPA saja,SmylQ (blh hubungi 0124232480)ada, AsSihah pun ada, kalu nak seribu daya

Awanama berkata...

Sdr Idham...tahniah maklumat yg bagus untuk salin ingat mengingati kelicitan Israel menggunakan dana dari UMAT ISLAM untuk membunuh UMAT ISLAM itu sendiri.

Saya sarankan agar PAS anjurkan kempen boikot beli dan minum Milo untuk satu tempoh tertentu, contohnya 2 Bulan...dan tengok kesannya...teruskan AKTIVITI ini sehingga lumpuh Milo..dan panjangkan AKTIVITI ini ke Nescafe pulak...dan seterusnya semua jenis produk dari Nestle...

Jihad FisabiLillah===>Tahan nafsu beli dan minum Milo dan Nescafe.

INSYALLAH...dengan penuh kessungguhan kita akan berjaya. Amin

Awanama berkata...

boikot jgn x boikot..tp aku heran..awat brgn tempatan mahal2..x bleh ka kurangkan ckit hrganya...berniaga smbil membantu dan meransang minat org membeli...ni kalu dpt letak hrga,mmg gila2...konon2 smbil membeli smbil menderma..awat?pengguna x reti nk dermakan sndiri ka?atau org yg meletak hrga tu yg ambil kesempatan?...betul ke sama2 membantu ekonomi ummah?...slalu djadikan alasan brg mentah mahal...eh..jgn bnyk alasan laa...korang tu yg x snggup ambik untung yg rendah...
kalu pengguna yg bnyk ongkosnya tahan la..org yg x brduit sgt ni apa mcm?skali bancuh guna satu sudu je kot?yg eloknya disebut "berjual sambil berderma"
betui dak?kalu aku salah tlg maafkan...

Awanama berkata...

Saya terkilan melihat umat islam kita yg tidak peka berhbg hal ini. Awal mula semasa pelancaran boikot agak riuh, masing2 heboh bercakap mengenai BOIKOT sana BOIKOT sini namaun apabila dah lama sikit semangat itu cair...

Betul la agaknya, Melayu tu mudah lupa ....

rakyat sembrong berkata...

sy skluarga sekarang guna radix coco, atau super power coco, atau muslim choice coco. klu makan kat warung pilih teh tarik jer.

Rakyat malaysia suka beli benda yang terhidang depan mata dan mudah serta halal. (fakta : Nestle ada sijil halal)

klu fakta itu benar memang wang keuntungan disalur kepada peluru yahudi, kerajaan (pemerintah)lah yg patut sekat bukan rakyat yang terpaksa pilih.

Bberikan hujjah yang boleh diterima rakyat (bukan hujjah yang memihak kepada pemodal antarabangsa itu) untuk hentikan pengedaran dan tutup kilang.

Contoh rokok, tak perlu kempen bubuh gambar kenser tapi halang terus dari dijual.Nestle pun gitu, juga pepsi dan cocakola dll. penggunaan dollar USD utk penjualan minyak yg menyebabkan kenaikan hg minyak dunia satu ketika dulu, kenapa tak guna euro dollar atau lain-lain matawang sebagaimana iran. apamacam berani ke kita?