25 Julai 2009

3 Tindakan Pelik Pewaris Sokong ISA

Email Oleh : Topeng Perak® Unmasked
by pemudawilayah

Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.

Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.

Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.

Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.

Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.

Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!

6 ulasan:

zackeye berkata...

Perwaris ni cuma nak cari publisiti. Mereka nak ampu kerajaan dan menjadi pahlawan membela UMNO. Mereka ini pun kurang faham mengapa ISA itu diwujudkan oleh British dan diteruskan oleh kerajaan BN. Tapi sekarang ni ISA digunakan untuk menahan orang dalam banyak perkara terutama untuk menjaga keselamatan UMNO bukan untuk menahan musuh negara. Alasan diberi pun kadang-kadang lucu seperti menahan sesaorang kerana menjaga keselamatannya sendiri.
Kebebasan adalah hak rakyat dan rakyat tidak mahu dipaksa menyokong sesuatu kerajaan kerana takut kepada ISA.

Awanama berkata...

Pewaris ngan Omar Din hero silat lincah tu semuanya pendekar taik minyak..OOii kalau rasa dah terrer sgt pi Palestin la..bantu umat islam kat sana..Haprak..

Awanama berkata...

Mereka PERWARIS warisan PENJAJAH sebenarnye... muka sorang-sorang macam penyamun je...

Briged Akhdor LR2 berkata...

buat malu kaum jer pewaris ni..sepatutnya tunjukkan cara dan kaedah undang2 dlm islam tp pewaris mempertahankan undang2 ciptaan penjajah lahanat negara kita...apa ker jadahnya deme nak berdemo ..malu aku ada org melayu yg menunjkkan sokongan pd undang2 zalim ..bg aku melayu yg diwakili pewaris semestinya melayu pro penjajah yakni umno..tp yg menentang isa adalah melayu yg cintakan agama dan keadilan ...lebih2 lg pewaris menyokong isa dengan hujah yg dhaif sekali ..jika bw berdebat pun kompem kene gelak dek org jer..skg byk sumber informasi dan ramai org tau aper cite di sebalik tembok kem kemunting tue..cara penahanan yg jijik ,,zalim dan sama jer dgn kem tahanan guatanamo..oleh itu marilah kita sama2 turun 1 ogos ini dan bersama kita menjahanamkan akta keparat nie...

Awanama berkata...

saje je mereka ni nak tunjuk terer.....

sumbangan dana pemuda , tolong klik http://jutawanklik.com?a_aid=eeedf225

Ikhwan Muslimin berkata...

PEWARIS + PEKIDA = PEJUANG ASSABIYAH HARAM JADAH