25 Julai 2009

Sahabat Seberang Laut Menanti-nantikan Pembukaan Ekspo Dunia Shanghai 2010

2009-07-22 14:19:28 CRI

Pameran bagi Ekspo Dunia Shanghai 2010 yang akan diadakan di Shanghai China pada bulan Mei tahun depan telah dibuka di Muzium Shoudu Beijing. Ketika pameran itu berlangsung, Guido Gudat, Pengarah Jabatan Penerangan Balai German Ekspo Dunia Shanghai, yang diwawancara oleh wartawan CRI berkata, bahawa balai pameran dengan tema "Bandar Raya yang Harmoni" yang dibina oleh pihak Jerman cuba memperlihatkan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan di bandar, dan bandar raya dengan kadar litupan pokok dan rumput yang ditanam.

Beliau berkata, bahawa ekspo ini merupakan ekspo yang terbesar yang akan diadakan di dunia, dengan keluasan tapak yang paling besar dalam sejarah. Balai Jerman yang dibina bagi ekspo ini juga merupakan projek yang paling besar dalam sejarah Ekspo Dunia.

Ekspo Dunia Shanghai bukan sahaja dinanti-nantikan oleh rakyat China, malah juga dinanti-nantikan oleh kebanyakan sahabat asing China. Pengarah Penjualan Produk Perdagangan Rantau Asia Pasifik, Syarikat Chirstie Digita Amerika Syarikat yang menyertai aktiviti pameran Ekspo Dunia Shanghai, Ken Wheatley berkata Ekspo Dunia Shanghai akan menjadi salah satu ekspo yang terbesar dalam sejarah. Pamerannya akan memperlihatkan kehidupan yang baru di China. Kami tidak sabar menantikan ekspo yang mungkin menjadi ekspo yang paling berjaya ini.

Banyak maklumat tentang Ekspo Dunia Shanghai ini yang diketahui oleh para diplomat dari luar negara di Beijing. Atase Kebudayaan Kedutaan Besar Nigeria di Beijing, Ademola Oladele berkata banyak aktiviti budaya dan perdagangan antarabangsa temasuk Sukan Olimpik yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh China dalam tahun-tahun kebelakangan ini. China sebagai negara penganjur, sentiasa memberikan pelbagai sokongan kepada ekspo ini. Kami yakin bahawa China telah bersiap sedia untuk mengadakan ekspo ini dengan jayanya.

Duta Besar Oman di China, Abdullah Salleh Al-Saadi menyatakan bahawa Ekspo Dunia Shanghai pasti akan berjaya seperti Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata, saya kerap kali melawat Shanghai selepas Oman diterima untuk menyertai pameran ekspo tersebut. Pelbagai kerja persiapan bagi Ekspo Dunia Shanghai telah dilaksanakan dengan sibuk dan teratur, pelbagai projek pembinaan balai pameran dan kemudahan awam telah bejalan dengan lancar. Kerajaan Shanghai berusaha dengan gigih sekali bagi Ekspo Dunia Shanghai 2010. Saya yakin, Ekspo Dunia Shanghai 2010 ini pasti berjaya dan akan dicatat dalam sejarah seperti Sukan Olimpik Bejing 2008.

Wakil ketua balai pameran Kenya bagi Ekspo Dunia Shanghai ini, Matanda Wabuyele juga menyatakan bahawa kesemua kerja persiapan dan projek pembinaan bagi ekspo ini telah dilaksanakan dengan teratur oleh pihak penganjur. Beliau berkata, pihak penganjur menimba banyak pengalaman daripada Ekspo Dunia yang lain. Contohnya kami boleh menjelaskan banyak perkara menerusi laman sesawang Ekspo Dunia. Sekalipun kerja persiapan ekspo itu amat banyak dan rumit, namun, pihak penganjur berusaha bersungguh-sungguh dan kini sudah berjaya. Kerja persiapan ini berjalan dengan lancar, khususnya apabila pihak penganjur dari negara Afrika berbincang tentang isu reka bentuk bangunan balai pameran Ethiopia dengan kumpulan Shanghai baru-baru ini.

Pengarah Agensi Berita Islam Iran, Khoshlahejieh berkata, Ekspo Dunia Shanghai ini dianjurkan oleh China, sebuah negara membangun yang paling besar di dunia. Kerajaan China benar-benar berusaha untuk menjayakan Ekspo Dunia ini. Kami yakin, China pasti dapat menjayakannya.

Menurut beliau, ekspo ini bukan dahaja dapat meningkatkan persefahaman antara pelbagai negara, malah dapat memberikan peluang yang besar kepada negara-negara yang terlibat untuk menangani krisis kewangan global dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dunia yang dilanda krisis kewangan sejagat sekarang ini.

Tiada ulasan: