30 November 2021

96.8% populasi dewasa lengkap divaksin

 

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,345,233. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 22,665,493 individu atau 96.8% daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,010,447 individu atau 98.3% bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja, 85.9% atau 2,705,253 individu telah lengkap vaksinasi manakala 89.5% atau 2,819,774 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 109,139 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 6,711 suntikan dos lengkap, 4,538 menerima dos pertama dan 97,890 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,345,233.

fmt.

Tiada ulasan: