29 November 2021

‘Sempadan lebih terbuka’ Singapura, Malaysia walau diancam Omicron – PM Lee

 

Lee (kanan) dan Ismail Sabri berucap di Istana, Singapura pada 29 Nov, 2021. (FOTO CNA)

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia tetap mahukan ‘sempadan yang lebih terbuka’ walaupun kemunculan varian baharu Covid-19, Omicron mengganggu perancangan untuk meluaskan laluan perjalanan vaksin (VTL) antara kedua-dua negara.


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, matlamatnya adalah untuk mengembangkan VTL udara yang merangkumi golongan pemgembara mulai pertengahan Disember, dengan mengambil kira keadaan kesihatan awam. Pada masa ini, pengembara mestilah warganegara, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki.

Lee dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ucapan di Istana, di sini, hari ini (29 Nov), pada hari pertama pelancaran VTL darat dan udara antara Singapura dan Malaysia bersempena lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Singapura sebagai Perdana  Menteri Malaysia, lapor CNA.

Dalam ucapannya pula Ismail Sabri menegaskan, beliau dan Lee telah mengadakan perbincangan mengenai perancangan bagi memperluaskan VTL darat untuk melancarkan perkhidmatan bas di Link Kedua Tuas, perkhidmatan rangkaian kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), dan kenderaan peribadi ‘secara beransur-ansur’ termasuk  kereta dan motosikal.

Kedua-dua Lee dan Ismail Sabri juga turut membincangkan bagi melancarkan VTL laut, berkemungkinan antara terminal feri Tanah Merah di Singapura dan Desaru di Johor, dan mengembangkan VTL udara untuk memasukkan destinasi seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Sudah tentu, semua ini dipermudahkan oleh perkembangan tentang pandemik Covid-19. Ini kerana kita semua sedang cemas menunggu untuk melihat (perkembangan) Omicron dan bagaimana tindakan varian baharu Covid-19 itu kelak,” ujar Lee.

“Namun Omicron mengganggu perancangan ini, matlamat kami adalah untuk mewujudkan sempadan yang lebih terbuka antara Singapura dan Malaysia. Dan saya cukup yakin bahawa selepas beberapa ketika, kami akan dapat membuat hala tuju kepada perkembangan selanjutnya,” tambah beliau.

Dalam pada itu, New York Times melaporkan bahawa beberapa negara seperti Jepun, Israel dan Morocco telah menutup sempadan negara masing-masing bagi menghalang kemasukan pelancong dari negara lain dalam usaha mengelakkan penularan Omicron ke negara masing-masing, yang mana varian baharu Covid-19 mulai dikesan muncul di Afrika Selatan pada minggu lepas. – HARAKAHDAILY 29/11/2021

Tiada ulasan: