11 Mac 2010

Zulklifi sahkan dia sebagai pengkhianat.

Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR, Sabtu lalu mengesahkan bahawa dia akan menjadi wakil bebas di Dewan Rakyat. Sekaligus pengesahan itu adalah pengesahan dirinya sebagai penghinat kepada para pengundinya di Kulim-Bandar bahar.

“Saya telah menulis kepada speaker semalam bagi memaklumkan kepada beliau bahawa saya kini adalah MP bebas,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.Tindakan beliau ini adalah berlainan dengan ahli parlimen yang lain yang mengumumkan keluar parti dan bebas. Tetapi Zulkifli terlebih dulu dipecat oleh partinya.

Zulklifi yang mewakili kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu akan menyertai empat MP bebas yang lain apabila Dewan Rakyat bersidang semula Isnin depan.

Tindakan mereka jelas telah bertentangan dengan hasrat dan kehendak rakyat di kawasan parlimen masing-masing yang memilih mereka dengan lambang parti masing-masing yang dimenangi.

Kalaulah mereka bertanding dengan labang bebas lebih awal saya pasti kesemuanya akan hilang wang deposit dan jauh sekali untuk menang. Muka mereka pun tidak dikenali dan mereka menjadi populer atas lambang parti masing-masing dalam gelombang tsunami pada tahun 2008.

Empat penghinat yang lain itu adalah wakil Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) and Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas).

Walaupun pada sidang akhbar setelah dia dipecat Zulkifli membayangkan dia akan menyertai PAS , tetapi kelmarin menafikan menafikan laporan kononnya dia akan menyertai PAS. Dan begitu juga lebih awal PAS telah menyatakan perinsipnya atas nama Pakatan Rakyat dan PAS sendiri yang tidak memerlukan orang seperti Zulkifli.

Tindakan beliau menyaman Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah jelas tindakan yang melangkau semangat dan kesetia kawan dalam Pakatan Rakyat. Semangat Mesyauwarah yang sekian lama diamalkan oleh parti diketepikan dengan menggunakan saluran yang selama ini dipertikaikan oleh beliau sendiri. Kemanalah sudahnya membuat laporan polis berbanding rakan Pakatan Rakyat yang boleh dibawa berbincang.

17 ulasan:

Mohamad Najib Yahya berkata...

YB Idham nampaknya sudah double standard dalam membuat ulasan politik dalam kes lompat parti atau keluar parti atau dipecat dari parti. Apakah pendirian YB bila masa PR memilih untuk memancing YB-YB BN untuk lompat parti menyeberangi PR satu masa lalu ?? Jawapan YB tentulah sebab ia diharuskan kerana PR berjuang kerana kepentingan rakyat dan negara .... Tetapi pendirian dan kenyataan YB ternyata tetap double standard jugak ...

Syawal Ipoh berkata...

Minta Zulnordin insaf dan melihat balik diri dia sendiri, muhasabah.
PERASAN bagus adalah sgt bahaya. Akibatnya nak jelas.

Tanpa Nama berkata...

PEMBELOT2 NI RASA...KERUSI AP TU HAK PERIBADI MEREKA. DEPA INGAT BILA DILANTIK JADI AP..MAKA BILA DAH JADI AP...MEREKA2 NI RASA ITU HAK MUTLAK MEREKA....HAK PERIBADI MEREKA.

JENIS AP YG MACAM NI....JANGAN DI BAGI MUKA LAGI LAIN KALI. AKU BOLEH KATAKAN MEREKA2 INI ADALAH AP YANG TAK SEDAR DIRI. MACAM ORANG KATA LA....ORANG BAGI MENUMPANG DI RUMAH KITA...DIA PULAK YANG YG LEBIH SUDU DPD KUAH...DIA ANGGAP DIA NI PULAK TUAN RUMAH. PABENDE AP MACAM NI...???

Tanpa Nama berkata...

Biar dia bercakar dengan Brahim Ali pulak.

Putra IJ80 berkata...

Zul,

Kalau bole JANGAN datang lagi memberi kuliah subuh atau mana mana yg.sama dgn nya.,di mana mana Masjid atau Surau di Kawasan Bukit Antarabangsa.,terutama di Kampung Melayu Sungai Sering dan Bukit Mulia.

Kalau hanya sekadar menampakan Jubah hijau tapi cakap tak serupa bikin.

Jangan buang masa kami mendengar celoteh manusia mu--fik.,lebe baik kami berzikir dan membaca Alquraan.,di sambung dgn sunat Duha.Plz!!.

Tanpa Nama berkata...

kepada mohd najib yahya...PR tak pancing YB-YB BN sebaliknya mengajak mereka untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara dengan bersama-sama berjuang berdasarkan prinsip keadilan. Tak ada satu sen pun ditawarkan dan tak ada apa-apa jawatan pun yang dijanjikan kepada YB-YB BN tu. Mungkin tiada imbuhan yang diberikan kepada zul nordin tapi bagi yang lain-lain tu..agak sukar nak kata tiada. For zul nordin...maverick but way too much.

Tanpa Nama berkata...

Dari dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi,

Jin : "Boss, depa boh lagi YBZul!"

"Lantak la, malas dah aku. Asyik2 dok lawan mengata. Aku kata kat hg, hg kata kat aku. Depa kata depa, depanu kata kat depani....Bila nak abis!"

"Tu nama dia Demokrasi, Boss"

"Demokrasi Pala Otak Hang!"

"Bebas bersuara, Voice of Rakyat, Boss"

"Ya betui, tapi bukan dgn kata mengata, menghina & mengaibkan org"

"Dah sebelah sana pun dok kata, kita kata balik la"

"Abih, klu org sana terjun lombong, hg pun terjun sama ka?"

"Aku mesti terjun la Boss, Bukan dlm pun, paras lutut aku ja!. Yg nak mampuih, depa. Aku dakkk!"

abdullahngah berkata...

Hari ini reputasi YB Zul Nordin begitu buruk, kerana dilabelkan sebagai pengkhianat.

Tun Dr Mahathir yang pernah digelar maha firaun dahulu apabila serang dan keluar UMNO dianggap baik.

Demikianlah penilaian kebanyakan orang politik pada tokoh politik.

Kadang kadang disanjung, kadang kadang dikutuk. Belum tentu pengkhianat sudah dikata pengkhianat belum tentu baik sudah dikata baik.

Yang paling sedihnya kebanyakannya berbaik sangka kepada yang jahat yang paling pelik lagi berbaik sangka pada orang kafir.

Awas jangan buruk sangka pada orang baik atau jangan buruk sangka jika kita tidak benar benar tahu siapakah sebenarnya mereka itu.

Awas juga, jangan jadi hamba syaitan. Ingat kita ini adalah hamba Allah.

Ingat bercakap juga salah buat dosa besar dan tidak diampun oleh Allah jika salah sesama manusia.

Tanpa Nama berkata...

sori bro, memang berdosa nak cakap, tapi gua yang jahil ni rasa memang layak kalau gua kata keempat2 ekor lahanat tu yang keluar dari PR umpama barua UMNO, anjing UMNO, haramjadah kepada UMNO, sekian

Fit10 berkata...

Salam. Saya kurang bersetuju jika dikatakan Yb Zulkifli seorang Pengkhianat. Pengkhianat lebih kepada seseorang yang melompat dan mengkhianati perjuangannya. Tapi dalam kes Yb Zulkifli, beliau tidak pun melompat apatah lagi mengkhianati pengundinya. Beliau sebenarnya dipecat oleh parti dan perjuangannya adalah sama untuk memartabat dan memperjuang Islam. Bagaimana jika Yb Khalil berada dalam situasi Yb Zulkifli, sudah tentu tidak jauh bezanya tindakan yang diambil oleh Yb Zulkifli. Nasihat saya, kita jangan semborono mengatakan seseorang itu pengkhianat kerana pengkhianat mempunyai maksud yang mendalam. Sekian

Tanpa Nama berkata...

Awat plak line ni...soundtest--soundtest--?//w`~!!!

"Ooi Jin! Tulong aku sat"

"Tulong apa, Boss?"

"Hg pi keluaq sat..., HANG PI CABUT SUMA TIANG TIPON TTUUUU!!"

Payah dok dlm Gua nih, Broadband dah tentu out. Pakai line pun...kelabu ja!
YB, tulong la tengok2 sama! Jgn asyik dok politiking ja.

p/s : klu hg nak mai...bawak teloq 2 bijik!

Tanpa Nama berkata...

kepada mohd najib yahya tu.. hang komen xde standard langsung..buat malu kat org yg baca ja..
tanya sendiri jawab sendiri pastu salahkan org plak..
ni la jadinya bile otak najib dgn otak rosmoh melekat kat otak hang..

Tanpa Nama berkata...

salam
Ustaz saya menghormati ustaz sebagai orang islam.

Kenapa tak besarkan cerita YB Cina yang lompat parti.? Itu lagi pengkianat. Bangsa sendiri ustaz tak nak tegur!

Shipun
Sg Kota
Titi Serong
Parit Buntar

Tanpa Nama berkata...

Kpd tanpa nama (3/10/2010 8:04 Am wrote) hormatilah pandangan saudara najib...

engkau komen lagi la tak standard...terus kutuk....kelulusan tertinggi apa nie?

Abdullah Ngah berkata...

suatu hari Saidina Umar berdiri diatas minbar dan berkata: apa kamu akan kata kalau aku memaling kepalaku kepada perkara dunia. Maka bangun seorang seorang lelaki sambil menghunus pedangnya dan berkata: kami akan betulkan kamu dengan pedang ini. Kata Umar, apakah aku yang kamu maksudkan dengan kata kata itu. Ya jawap lelaki itu, maka kata Umar, semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Aku memuji Allah yang telah menjadikan dikalangan rakyatku ada seorang yang akan membetulkan aku apabila aku menyeleweng.

Semantara itu Huzaifah ada meriwayatkan, kata suatu hari akau menemui Umar. Aku dapati ia sugul dan kesedihan. Aku bertanya. Apa yang menyebabkan kamu sugul wahai Amir al muminin? Maka jawabnya. Aku takut akan terjatuh dalam perkara mungkar dan tidak ada orang yang melarangku kerana menghormatiku. Maka jawabku demi Allah kalu kami melihat kamu melencong dari kebenaran, kami akan melarang kamu. Jika kamu tidak berhenti, maka kami akan menakik kamu dengan pedang. Mmendengar itu, Umar berubah menjadi gembira sambil berkata, Aku memuji Allah kerana memberikan kepadaku sahabat sahabat yang akan membetulkan aku apbila aku menyeleweng.

Inilah sikap pemimpin Islam. Tapi malangnya hari ini sesiapa sahaja yang bertindak demikian bukan sahaja di pecat dan dihina,malah mungkin dibunuh.

Umar memuji lelaki yang menghunus pedang padanya dan berkata semoga Allah memberi rahmat.

Hari ini orang macam itu dikutuk dan dihina habis habisan.

Tanpa Nama berkata...

Keliru....keliru..........keliru.
Bagi pandangan saya yang tak berapa pandai ni.....sebab utama berlakunya perkara ini ialah kerana YB ZUL ni terlalu fanatik agama sangat.Betul juga apa yang beliau kata....tapi tindakannya terlalu drastik.Kita perlu musyawarah untuk betulkan keadaan.Kita dalam satu kumpulan.Perlu kata putus bersama dalam mengambil keputusan.Bukan ikut keputusan sendiri.Kita ada kepentingan yang lebih besar dalam perjuangan menegakkan keadilan.Kenapa YB Zul tidak mahu dengar/ambil pandangan pimpinan atasan (khususnya pimpinan PAS)kalau benarlah YB Zul sangat sayangkan ISLAM.Kita mungkin tidak dapat bersetuju dalam semua perkara,tapi kita perlu kepada kesatuan untuk perjuangan yang lebih besar.Harap YB Zul tidak bertindak memburukkan lagi keadaan dengan menyerang semua pimpinan pakatan rakyat terutama PAS.

Muhammad Yusuf Al Sagoff berkata...

buat renungan mohamad najib yahya....jika orang lompat(berhijrah) dari jahil kepada celik kita nak kata depa salah ke betul...kalau orang lompat dari celik kepada jahil kita nak kata apa...salah ke betul...Bagi saya kalau orang berhijrah dari jahil kepada celik(bijaksana) tentulah saya kata bagus,baik,pandai dan wajib...tak kan logik begitu pun tuan najib tak faham!!!! Ikut sukalah nak kata double standard ke...apa-apa sajelah...Lu pikir la beb..