27 November 2009

NIK AZIZ, ARIFF FAHMI DAN HUSAM MUSNAHKAN IMPIAN MUSUH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, kemelut di Kelantan boleh dikatakan berakhir. Cuma, yang masih belum berakhir adalah kisah Kickdefella. Biarkan beliau dengan cerita-ceritanya, begitu juga biarkan SPRM dengan siasatannya. Tumpuan kita adalah ingin melihat PAS terus kuat di Kelantan. Umno pula tentunya ingin melihat PAS menjadi semakin lemah di Kelantan kerana jika PAS lemah di Kelantan, maka lemah jugalah PAS di Malaysia. Itu hakikatnya.

Jika sebelum ini dikatakan Ariff Fahmi selaku CEO PMBK bakal membuatkan imej PAS tercalar dan memburukkan nama Mursyidul Am PAS iaitu bapa mertuanya sendiri, nah, kini Ariff Fahmi akan berkorban agar tidak berlaku sedemikian rupa. Ariff Fahmi akan meletakkan jawatan bukan kerana beliau disabitkan dengan rasuah mahupun penyelewengan atau pun gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, tetapi kerana beliau sayangkan PAS. Tok Guru Nik Aziz pula bukan tidak sayangkan menantunya, tetapi beliau lebih sayangkan PAS. Husam Musa pula, beliau tidak meletakkan jawatan sepertimana kehendak Umno atau beberapa orang di dalam PAS termasuk penulis MSO, bukan kerana beliau sayangkan jawatan yang dipegangnya sekarang tetapi kerana beliau lebih sayangkan PAS.

Tetapi, adakah mereka yang ingin melihat Ariff Fahmi atau Husam meletakkan jawatan itu terlalu sayang pada PAS melebihi sayangnya Tok Guru Nik Aziz pada PAS? Wallahu Aklam, Allah jua yang mengetahui niat mereka. Tidak kiralah samada ada yang suka atau duka melihat perkembangan yang berlaku di Kelantan saat ini, yang penting ketiga-tiga insan ini iaitu Tok Guru Nik Aziz, Husam dan Ariff Fahmi telah membuatkan Umno kehilangan `senjata' yang baru hendak diasahnya itu. Pedulikan jika ada ahli-ahli PAS yang lain juga se`mazhab' dengan Umno yang mahu Umno memerintah Kelantan.

Apa pengajaran dari peristiwa ini? Pengajarannya mudah, iaitu tiada yang lebih tinggi nilainya melainkan pengorbanan untuk parti dan jemaah. Tok Guru telah lakukan itu, Husam dan Ariff Fahmi juga telah melakukan itu semua. Kini, kita masih menunggu ada atau tidak pemimpin PAS samada di Selangor atau di mana jua yang sanggup melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS atau setidak-tidaknya seperti Ariff Fahmi. Setakat ini kelihatannya tiada. Berdayakah mereka yang pernah `berunding dalam kelambu' bersama Umno di Selangor suatu ketika dahulu untuk berbuat seperti ketiga-tiga insan itu tadi? Rasanya jauh panggang dari api. Siasatan terhadap mereka oleh Jawatankuasa Disiplin PAS pun kita tidak tahu perkembangannya. Sepi tanpa berita.

Apa yang berlaku di Kelantan menunjukkan Mursyidul Am PAS tidak bertolak ansur jika imej PAS tercalar. Oleh sebab itulah beliau amat marah jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bertindak seperti ingin menghancurkan PAS. Secara peribadi, tahniah buat Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi dan Husam kerana ketiga-tiga mereka ini telah bertanggungjawab `menyapu' najis ke `wajah Umno dan yang se`mazhab' dengannya. Umno pasti tumbang bersama sekutunya, InsyaAllah.

4 ulasan:

Raziq Najab berkata...

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

SEMOGA ISLAM SEMAKIN KUAT & BERKEMBANG!

"WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU KHAIRULMAKIRIIN"

SEMOGA JADI TELADAN KEPADA SELURUH AHLI2 PERJUANGAN ISLAM, YANGMANA BETAPA PERJUANGAN MENCARI KEREDHAAN ALLAH ITU MEMERLUKAN BERBAGAI PENGORBANAN!

PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN !

PERSETAN DENGAN UMNO / BN !!

ALLAHUAKBAR!!!

Unknown berkata...

pada pendapat saya, ada part2 tertentu dlm artikel ini perlu ditapis. YB sebagai Ketua Penerangan Pas Perak harus memilih artikel yg lebih mesra Jamaah. Jauhi unsur2 yg boleh memecahbelahkan jamaah. Harap Yb dpt faham maksud saya..
salam...

Unknown berkata...

Yb harus memilih artikel yg melambangkan kesepaduan dlm jamaah...ada part2 tertentu dlm artikel ini yg membelakangkan pengertian berjamaah.

mas'ud al buaya berkata...

Saya tidak bersetuju dengan pendapat ibn.Kalau kita masih lagi menafikan hakikat bahawa kita ada masalah dan masih hendak menyapu masalah2 di bawah tikar, kita pun mcm UMNO juga yg enggan mengambil tindakan sebelum PRU 12 di mana mereka merasakan rakyat masih menyokong mereka, walaupun tanda2 telah jelas bahawa rakyat menyampah dengan mereka. Akibatnya UMNO kehilangan banyak negeri ke tangan PR. Justeru itu pendedahan YB ada baiknya untuk kebaikkan jemaah.