29 Mac 2009

Kelam kelibut di Bukit Gantang !

Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB, MAAF XDPT SERTAKAN GAMBAR POLIS RAMAI SGT. Tanggal 27 Mac 2009, tidak pernah terjadi di dalam lipatan sejarah SIMPANG yang berada di dalam Parlimen Bukit Gantang ibarat "pantai dilanda ombak besar", kelam kelibut jadinya.

1) Pembangunan mee segera ( semua org di sini faham,pasal buat jalanlah).

2) Pesta Polis, almaklumlah dibekas tapak pesta tanglung simpang didirikan kubu kuat PDRM di samping fru. Begitu hebat suasananya hingga jelas Polis menguasai segala2nya. Nak tahu jemputlah ke sini tapi hati2 jgn letak kenderaan dilaluan double line takut kena saman.

3) Di kubu pemuda bn sebelum SMK Simpang pada sebelah petang kira2 jam 6 patang kelihatanlah pemuda2 harapan bangsa entah mana datangnya dengan beg galas duduk termangu di situ. Mungkin kesan jauh perjalanan luas pengamatan, letih duit xsampaikot. Setahu saya tidak pernah saya melihat pemuda2 ini di kawasan ini. Lihatlah BN, inilah pemuda2 yang akan melaungkan semangat BN ketika penamaan calon pada hari ahad ini yang datang saya percaya bertuhankan wang sahaja tapi penghayatan erti perjuangan langsung tiada. Namun begitu berlainan dengan semangat pejuang2 pakatan rakyat yang datang tanpa dipinta, ikhlas,istiqamah teras perjuangan. Justeru, tidak hairanlah ibarat pesta di Tol Kamunting tadi pejuang2 pakatan rakyat datang memikul amanah, bangga dengan bendera di kenderaan masing2 tanpa segan silu melaungkan semangat Malaysia Baru...

4 ulasan:

Mr Joker berkata...

Lebih kurang jam 6:00 petang semalam saya melalui kawasan kubu kuat depan SMK Simpang dalam perjalanan pekena mee udang, kelihatan hampir 100 pemuda dengan beg sandang masing-masing sedang santai di kubu UMNO/BN depan SMK Simpang. selesai semangkuk mee udang, lalu sekali lagi, semua dah hilang entaah kemana. lepas zohor hari ni kita lihat suasananya maacam mana pula.

Tanpa Nama berkata...

ade kemungkinan betul la kot para samseng2 murahan umno akn turun ke BG bdsrkn pesta polis tsebut..tjuan utk bjaga2...hati2 pejuang PR...takbir!!! Allah sentiasa bersama yang istiqamah dlm perjuangan....teruskan semangat uamat islam..

Unknown berkata...

Salam YB,

Mungkin blog YB ini dicatatkan oleh staff YB, cuma saya nak ingatkan bahawa bila blog kita, org jadi rujukan pastikan berita yang menyebabkan orang hilang selera nak dtg disbbkn oleh kesesakan, Polis dsbnya harap tak payah lah dimaklumkan. Org kita yg atas pagar malas nak pi kalau dgr berita macam ni.

Ada banyak benda lagi yang menarik boleh dicatitkan sebagai pembuka selera org nak ke Bkt Gantang bermula mlm ni dan subuh esok. Pekena mee udang tu dah cantik dah. Tapi sebaiknya cuba menafaatkan dengan berita lebih bermutu.

Bab bab polis terutama yg halang perjalanan ni tak payah nak cerita lagi lah, macamlah kita tak pernah hadapi situasi begini.

Tanpa Nama berkata...

Tolong ingat anda semua. pengalaman saya semasa reformasi di Kl dulu, 1998 yg berlagak macam budak ketagidh ganja , yg berlagak macam budak sekolah, yang jual berger. yang rambut macam hipiies , itu ialah SBBBBB!!!