31 Oktober 2021

James Masing meninggal dunia

 James Jemut Masing

James Jemut Masing

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, di sini, pagi tadi.

Ia disahkan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Janang Bungsu yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi.

Mendiang yang juga Presiden PRS dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Selepas kesihatannya semakin merosot, beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah, minggu lalu.

Difahamkan mayat mendiang akan dibawa ke Unit Forensik (HUS) untuk tindakan lanjut.

BHARIAN.

Tiada ulasan: