31 Oktober 2021

HK belum bersedia buka sempadan

 - Hong Kong masih mengamalkan dasar kawalan COVID-19 yang ketat berbanding pesaingnya. FOTO AFP

- Hong Kong masih mengamalkan dasar kawalan COVID-19 yang ketat berbanding pesaingnya. FOTO AFP

HONG KONG: Keputusan Hong Kong memperketat kawalan pengasingan COVID-19 antarabangsa didakwa menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengurus syarikat multinasional.

Mereka melihat strategi membebaskan Hong Kong daripada COVID-19 dilaksanakan kepemimpinan wilayah terikat dengan Beijing itu belum menunjukkan akan dimansuhkan ketika pesaing lain sudah 'membuka pintu' mereka.

Hab perniagaan selatan China itu berjaya mengawal kes penularan COVID-19 susulan pelaksanaan peraturan kuarantin antara paling ketat di dunia, dengan kebanyakan ketibaan di wilayah itu perlu menjalani kuarantin antara 14 dan 21 hari di hotel.

Bagaimanapun, pesaing Hong Kong seperti London, New York, Tokyo dan Singapura sudah menerima norma perlu 'hidup bersama COVID-19' dengan menjalankan mesyuarat secara bersemuka, persidangan dan perjalanan eksekutif kembali dilakukan secara perlahan-lahan.

Bagaimanapun, Hong Kong yang menggelar diri mereka sebagai 'Kota Dunia Asia' mengambil pendekatan bertentangan.

Pada awal minggu ini, pegawai memperketat lagi peraturan untuk cuba mendapatkan gelembung perjalanan dengan Tanah Besar, walaupun China berdepan gelombang keempat dalam tempoh lima bulan lalu.

Ketua eksekutif, Carrie Lam, berkata usaha mengembalikan semula perjalanan ke Tanah Besar amat penting berbanding pembukaan semula kemasukan antarabangsa dan bandar itu perlu lebih tegas berbanding pihak berkuasa di sempadan utara untuk meraih kepercayaan Beijing.

Pilihan itu mencetuskan kebimbangan berikutan eksekutif syarikat mendapati, mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan kakitangan, selain menggantikan kakitangan yang berhenti. - AFP

Tiada ulasan: