02 Julai 2021

KERAJAAN SELANGOR KOYAK- GAGAL TANGANI COVID SECARA BERKESAN.

 



Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) melihat 'trend' kes positif Covid harian dinegeri Selangor bermula daripada 24 Jun hingga 30 Jun yang masih tidak menurun daripada dua ribu kes sehari, telah menjadi negeri penyumbang terbesar kepada jumlah kes positif harian negara.
Walau pun negeri Selangor mempuyai Task Force yang diketuai oleh mantan Menteri Kesihatan dan Exco Kesihatan negeri Selangor.
Negeri Selangor paling #Koyak sekarang ni.Terpaksa buat PKPD di 8 buah daerah.
Apa peranan Task Force Covid Selangor ni ?, dan apakah nasihat mereka kepada kerajaan negeri dan pusat sehingga kes positif masih pada garis dua ribu lebih.
Ini akibat daripada operasi sektor perkilangan yang dibenarkan dan telah menjadi penyumbang terbesar kes positif, yang masih beroperasi.
Aktiviti ekonomi yang dibenarkan oleh PBT juga menyumbang kepada kes positif yang tinggi.
Apa nasihat dan peranan Task Force kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam perkara diatas ?
Jumlah ini menjadikan negara lambat melandaikan kes covid secara keseluruhan walaupun negeri-negeri yang lain telah pun banyak berkurangan keparas bawah daripada seribu kes sehari.



Kerajaan negeri dilihat lemah dan gagal memberikan cadangan dan langkah-langkah segera bagi mengatasi perkara diatas.
Selangor telah menjadi negeri yang paling tertinggi kes positif.Ummah menegaskan kerajaan negeri wajar lebih bertanggujawab dan proaktif kerana jika negeri Selangor masih pada keadaan sekarang ia akan memberi gambaran yang buruk kepada usaha kerajaan persekutuan.
Peranan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Yb Dr Mariah juga sangat mengecewakan rakyat, kerana sasaran jumlah vaksinasi negeri yang rendah, hanya diantara 20-50 ribu sehari berbanding boleh memaksimakan sasaran kepada 100 ribu sehari.Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang kurang juga menyebabkan program ini tidak berjalan lancar.
Kerajaan negeri sewajarnya segera responsif dan segera bertindak.Ini tanggungjawab Kerajaan negeri membantu dan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menjayakan program vaksinasi rakyat.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
2 Julai 2021.

Tiada ulasan: