11 Jun 2012

Menteri Dalam Negeri Kenya, timbalan maut nahas heli

21 Rejab 1433H. [MOD] -

NAIROBI - Menteri Dalam Negeri Kenya, timbalannya dan beberapa yang lain terbunuh dalam nahas helikopter dekat ibu kota negara itu hari ini.

Menteri berkenaan, George Saitoti iaitu bekas naib presiden, merupakan antara yang bakal bertanding jawatan presiden dalam pemilihan, yang dijadual berlangsung dalam waktu terdekat.

Timbalannya yang terbunuh dikenali sebagai Orwa Ojode. Turut terbunuh pengawal-pengawal peribadi dan juruterbang.

Jumlah mereka yang terkorban masih belum jelas.

"Ia hari yang sungguh menyedihkan bagi Kenya," kata Najib Balala, seorang anggota Kabinet.

"Kita seharusnya boleh mengelakkan kejadian ini dengan kelengkapan yang lebih baik," kata beliau.

Helikopter terhempas di Ngong Hills, pinggir Nairobi.

Najib mendakwa nahas itu antara lain disebabkan penggunaan helikopter-helikopter lama oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Saitoti pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan termasuk sebagai Menteri Pelajaran.

Dalam pada itu, kesemua 14 penumpang termasuk anak kapal nahas sebuah helikopter di pergunungan selatan Peru, Rabu lalu dilaporkan maut, semalam.

Pegawai polis tempatan, Cesar Guevara berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kehilangan helikopter itu di kawasan kawasan hutan Cusco.

“Operasi itu disertai oleh bilangan anggota unit penyelamat yang ramai bagi mencari mangsa korban,” katanya.

Helikopter Sikorsky S-58 ET kendalian syarikat Heli Cusco dipercayai hilang pada hari kejadian di kawasan Hualla Hualla dan sepasukan anggota polis turut dikerah untuk menyiasat sama ada pesawat itu melakukan pendaratan cemas atau terhempas.

sinar harian/-

Tiada ulasan: