11 Jun 2012

Sudah 14 kali Umno ganggu ceramah PAS di Gopeng

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja.

"Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke," demikian tulis Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki di dalam blognya hari ini.

Berikut ialah tulisan beliau.

Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke.

Pihak polis tidak pula menghalang ceramah UMNO BN yang dianjurkan tanpa permit dan kebenaran polis. Sedangkan ceramah PAS ada kebenaran polis dan ikut peraturan. Kehadiran mereka tidak lebih 50 orang pun, berbanding ceramah PAS yang dihadiri hampir 500 orang.

PAS tetap bersabar sekalipun diganggu dan diprovokasi sedemikan rupa. Inilah politik biadab dan kebinatangan UMNO BN. Sempit sangatkah bumi Sg Rapat sehingga mereka anjurkan program berdekatan dengan program PAS, kalaupun nak buat ceramah ditempat yang sama, UMNO boleh buat malam esok dan jawab semua hujjah kita.

Harakah Daily

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tanda-tanda sesuatu puak itu jahat ialah kalau orang lain tidak senang atau tidak terhindar daripada perbuatan buruk yang mereka lakukan. Kalau mereka tiada orang akan merasa selesa tetapi kalau mereka ada orang lain merasai kejahatannya..inilah sebenarnya golongan yang jahat dan dilaknat oleh Allah swt. Semoga kita terselamat daripada kejahatan mereka...!