IPOH: Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini dengan menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, membentangkan Bajet Perak 2014.
Speaker DUN Perak, Datuk S K Devamany berkata, pembentangan bajet akan dilakukan pada 25 November manakala empat hari seterusnya diperuntukkan untuk sesi perbahasan serta soalan lisan dan bertulis sebelum diikuti sesi penggulungan oleh EXCO kerajaan negeri dan Menteri Besar.
"Sehubungan itu, saya sudah meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengemukakan soalan lisan dan bertulis secepat mungkin selain meminta semua mereka mengambil bahagian aktif dalam memberikan pelbagai cadangan berkaitan bajet dibentangkan itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan