01 Mei 2009

ADUN DAP ditahan ISA letak jawatan? Tunggu Sabtu, kata isteri Mano

PETALING JAYA: Kemungkinan negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ketujuh?

Kemungkinan ini mula 'terbayang' ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan di Kamunting akan melepaskan kedudukannya.

Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.

"Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini," kata isterinya, S. Pushpaneela ketika dihubungi sebentar tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
MB Selangor nafi ADUN Kota Alam Shah akan letak jawatan
--------------------------------------------------------------------------------
Pushpaneela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN.

"Saya tidak tahu... tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini," katanya.

Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.

Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.

KOMEN DAP

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut.

"Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kesahihannya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Mstar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tarikh mengundi di penanti telah pun pasti, kota alam shah mungkin akan menyusuli, Kepala Batas bila lagi ???

Abdullah Ngah berkata...

Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan macam Tun Mahathir, marahkan nyamuk bgakar kelambu.

Kalau kita mungkin dah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala batas.

Macam mana Mohd najib buat kepadanya rasa rasanya dia tidak sensitif langsung.

Inilah Tun Abdullah yang kenal pecat jawatan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang.

Tengok gaya, dia mula tempelak keadilan apabila PAS bantah calon.

Mungkin dia akan bantu Njib dalam pilihanraya kecil penanti 31 Mei nanti.

Betemu pula dengan Tun Mahathir manakala Tun Abdullah akan tersenyum kambing dan Tun Mahathir masam muka. Masih marah, kerana khairy jamaluddin menang ketua pemuda.

Itulah Tun Abdullah dan itulah Tun Mahathir dan itulah Najib.

Maka tak ada cam PR hendak memerintah negara lebih awal, kerana 34 orang orang Tun Abdullah yang kena singkir tetap setia dengan Umno.

Inilah orang Umno. Macam mana hendak berubah, kalau masih duduk ditakak lama. Pi mai pimai duduk tang tula jugak.

Jangan harap ia akan berubah miskipun mahu berubah.