20 Oktober 2021

Kempen Emas 2 Kilo Bank Rakyat

 HADIAH berupa dua kilogram emas bernilai lebih RM500,000 ditawarkan kepada 101 pemenang.

HADIAH berupa dua kilogram emas bernilai lebih RM500,000 ditawarkan kepada 101 pemenang.

Kuala Lumpur: Bank Rakyat sekali lagi melancarkan Kempen Emas 2 Kilo yang berkonsepkan Gadai dan Menang bermula 15 Oktober 2021 hingga 15 Januari 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, kempen ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Ar-Rahnu selain menggalakkan pajak gadai berlandaskan syariah.

"Antara tarikan utama pada kali ini tiada had minimum dan tempoh gadaian bagi melayakkan pelanggan menyertai kempen ini.

"Jumlah keseluruhan hadiah berupa dua kilogram emas bernilai lebih RM500,000 ditawarkan kepada 101 pemenang iaitu satu kilogram emas bagi pemenang hadiah utama dan 10 gram emas setiap seorang bagi hadiah sagu hati untuk 100 pemenang," katanya.

Menurutnya, kempen itu bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai nilai emas sebagai aset berharga dan boleh digadaikan untuk membantu usahawan menangani situasi pasca pandemik Covid-19.

"Pembiayaan Pajak Gadai-i dapat membantu lebih ramai usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan serta sebagai alternatif pembiayaan berupaya membangunkan perniagaan individu, khususnya usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui aliran tunai segera," katanya.

hmetro/-

Tiada ulasan: