20 Oktober 2021

Kes kekal bawah 6,000

 

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,516 kes baharu dilaporkan hari ini iaitu kekal di bawah 6,000, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,407,382 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya ringkas menerusi media sosialnya di sini hari ini. -K!ONLINE

Tiada ulasan: