20 Oktober 2021

Jangkitan sporadik tinggi berbanding kluster

 

PUTRAJAYA: Penularan kes sporadik bagi jangkitan COVID-19 di negara ini mengatasi kes yang berpunca daripada kluster iaitu sejumlah 6,531 kes dilaporkan dalam tempoh tujuh hari.

Kes sporadik ialah kes yang dikesan dalam komuniti namun tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Menerusi data yang dikongsikan di laman sesawang COVIDNOW, bagi kes yang dijangkiti daripada kluster dalam tempoh yang sama ialah sebanyak 367 kes.

Sebelum ini, jumlah kes sporadik tertinggi pernah dicatatkan ialah pada 31 Ogos lalu dengan 19,259 kes serta bagi jangkitan dalam kalangan kluster pula ia dilaporkan pada 31 Julai lalu iaitu sejumlah 2,927 kes

Sementara itu, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala terdapat 69 kes kematian tertunggak direkodkan semalam dengan 11 daripadanya adalah kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Perkembangan itu menyaksikan, sehingga kini sebanyak 28,062 angka korban akibat COVID-19 dicatatkan di negara ini dan daripada jumlah itu seramai 5,666 pesakit yang dijangkiti virus itu meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

bharian/-

Tiada ulasan: