
PETALING JAYA: Jumlah vaksinasi harian terus mencatatkan angka melebihi 500,000 dengan 525,111 dos direkodkan semalam.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), ia sekali gus menjadikan jumlah pemberian dos pertama dan kedua menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam adalah 28,837,742.
Menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,437,286 orang, manakala 11,400,456 dos kedua.
Mengikut peratusan, 74.5% daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 48.7% melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
FMT/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan