29 Oktober 2021

Wanita nyaris buang ‘berlian lama’, rupa-rupanya bernilai RM11 juta

 

BERLIAN 34 karat yang hampir dibuang oleh seorang wanita. - AGENSI

LONDON: Seorang pesara terkejut selepas mendapati barang kemas yang cuba dibuangnya ketika membersihkan rumah sebenarnya berlian bernilai 2 juta pound (RM11 juta).

The Mirror melaporkan, batu berlian itu dibeli pada jualan but kereta bertahun-tahun lalu oleh wanita berusia 70-an itu yang menganggapnya sebagai tidak bernilai.

Tetapi dia diberitahu jiran bahawa berlian itu adalah luar biasa nilainya.

Mark Lane, dari Featonby’s Auctioneers di North Shields, memberitahu BBC bahawa wanita itu datang ke kedainya.

Lane berkata, wanita itu mengatakan berlian tersebut berada di dalam kotak bersama barang kemas yang rendah nilainya.

“Kami melihat batu yang agak besar, lebih besar daripada syiling pound.

“Kami menghantarnya kepada rakan kongsi di London dan disahkan oleh pakar di Antwerp, Belgium, ia adalah 34 karat,” jelas Lane.

UTUSAN.

Tiada ulasan: