29 Oktober 2021

Hasil kajian Ivermectin dibentang minggu depan

 

KUALA LUMPUR: Hasil kajian ujian keberkesanan rawatan menggunakan Ivermectin ke atas pesakit COVID-19 akan dibentangkan kepada umum pada minggu depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam satu hantaran menerusi akaun Twitter, hari ini.

Beliau berkata, hasil itu akan dibentangkan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr Kalai Peariasamy.

"Perdebatan hebat tempatan mengenai #Ivermectin akan diselesaikan tidak lama lagi.

"Kami melakukan kajian tempatan mengenai Ivermectin dan hasilnya sudah ada. @drkalai61 akan dibentangkan kepada umum minggu depan," katanya.

Pada awal Jun lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) dan ICR memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian atau percubaan klinikal saja.

Bagaimanapun, keengganan KKM menggunakan Ivermectin mengundang ketidakpuasan hati ramai, termasuk doktor pakar dan persatuan pengguna.

Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

bharian/-

Tiada ulasan: