27 Februari 2011

N.28 : Penduduk tegur MB agih Biasiswa Macam Angpau

24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

“Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

“Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa,” jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

“Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya sekarang ni lebih baik berdoa supaya wakil rakyat tempat masing-masing cepat mati..

Tanpa Nama berkata...

Ambil sahaja wang rakyat yang di guna Umno untuk agihan rakyat...bila kertas undi anda ditangan anda "PANGKAH " X PARTI PAKATAN RAKYAT.

Qaseh Bonda berkata...

Penduduk bukan saja tegur MB. PM pun wajib tegur juga semalam atas bahasanya yang macam manusia hilang moral demi nak menang sorak.

Boleh ke seorang PM berucap kata kat TGNA, Islam apa kalau tok guru dok berpeluk dengan Karpal Singh dengan Lim Kit Siang. Ugama mana ajar dia kata mereka tak boleh peluk.

Kita boleh hurai satu persatu ayat2 yang mengata dulang paku serpih. Peluk cium datok shah ruk khan tu yang tak boleh. Peluk pemain badminton tu pun tak boleh. Kalau yang tu pun tak boleh nak tegur isteri kata tak boleh, jangan bicara soal haram dan halal dalam ugama.

Apa lah punya bahlul.

Wahai Allah, binasakanlah mereka yang durjana yang gagal memikul amanah.

Nazri berkata...

hidup parti dia memang selalu bergelumang dgn rasuah...tanpa rasuah hidup x sempurna..kalau x amal rasuah dah lama parti ni berkubur tanpa batu nisn..