01 April 2009

HARAKAH DIGANTUNG, HUJAH PULA MUNCUL

Jumaat, 27 Mac, 2009
Hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Hujah telah diterbitkan sebagai ganti kepada Harakah yang telah dihukum gantung selama 3 bulan. Umpama seorang yang sebelum ini lantang berkata, telah dijahit mulutnya supaya tidak bercakap selama 3 bulan. Tetapi, UMNO menyangka orang tersebut hanya mampu bercakap sahaja, tetapi rupa-rupanya dia mempunyai pengganti yang bakal menggegarkan UMNO lebih kuat.

Namun, apa yang perlu difikiran bersama ialah kaedah UMNO menggantung Harakah dan Suara Keadilan adalah tindakan yang sudah ketinggalan zaman. Ini kerana, Harakahdaily masih ada, bahkan banyak lagi akhbar yang telah disiarkan secara online, dan maklumat yang dikemaskini di dalam internet jauh lebih pantas daripada akhbar.

Bukan setakat Hakarah dan Suara Keadilan sahaja yang boleh menjadi alat untuk mendedahkan perkara sebenar, tetapi banyak lagi. Contohnya web dan blog yang sudah berjuta-juta di dada internet. Penggantungan Harakah dan SK itu hanyalah usaha yang sia-sia sahaja.. Ini menunjukkan mereka sudah jauh ketinggalan zaman.

Kalau sebelum ini, Najib mengakui bahawa mereka “terlupa” untuk memperkasakan media khususnya internet. Lalu apabila mereka lambat tersedar hakikat itu, mereka sudah banyak terlepas pandang untuk menghadapinya dengan efisyen. Malangnya, walaupun mereka sudah tahu hakikat tersebut, Harakah dan SK pula yang digantung, sedangkan kedua-duanya lebih lambat berbanding web dan blog.

Tetapi, bebanan mereka hari ini ditambah lagi dengan kewujudan Hujah yang bakal menggantikan Harakah yang sedang digantung. Mari kita lihat, sejauh manakah mereka ingin terus mengusahakan kaedah lama (menyekat kebebasan) yang telah ditempelak oleh Pak Lah semalam. Kalau Hujah pun akan digantung, sememangnya mereka sengaja menjahanamkan UMNO sendiri.

Hari ini, Tok Guru Nik Aziz telah berkata di dalam Harakahdaily, menyeru kepada rakyat Malaysia agar memboikot akhbar-akhbar yang menjadi alat kerajaan menyebarkan fitnah. Kalau sebelum ini TV3 turut melakukan perkara yang sama, dan pemberita-pemberita TV3 turut dipandang serong oleh sebahagian orang. Persoalannya, janganlah anda menjadi alat UMNO untuk menyebarkan fitnah mereka. Kerja-kerja tersebut sia-sia, bahkan mendapat dosa pula.

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

1 ulasan:

akira8047 berkata...

akira8047...

harakah = hujah
s.keadilan = suara keamanan.

patah tumbuh hilang berganti.

klik sini
RENUNGAN BUAT PENGUNDI2 SEKALIAN.