01 April 2009

Media terus putar belit Isu Nizar di mesjid Simpang.

Nampaknya UMNO dan BN sudah ketandusan isu dan idea baru dengan memainkan sesuatu isu dengan berulang dengan memutar belit dan melindungi fakta yang sebenar dalam kes Sembahyang Maghrib Calon PAS di mesjid Simpang bersama dengan pemimpin BN termasuklah calonnya disitu beberapa hari lepas.

Sebenarnya apa yang digambarkan oleh media sudah pun ditolak lebih awal oleh pengundi Bukit Gantang disebebkan cerita yang digambarkan oleh media adalah milik BN dan kesimpulan awal itu adalah pembohongan.

Keduanya semua tahu dengan sikap sebenar Nizar dalam masalah ini. Walaupun dia sudah menjawab dalam blognya dan berita sebenar telah disiarkan oleh blog-blog yang lain. Hakikatnya gambaran sebenar sudah diketahui umum bahawa BN sudah pening dalam berkempen di Bukit Gantang.

Kahabar angin sedang bertiup kencang kononnya apa yang berlaku di Bukit selambau akan juga berlaku di Bukit Gantang iaitu berita kemasukan ahli PKR ke dalam UMNO. Saya kira semua tidak akan terkejut kerana inilah musim akan tersiar dalam media BN orang ramai-ramai masuk partinya.

Demikianlah siri pembohongan BN yang lucu dan pastinya saya yakin tidak dapat memenangkan calon BN yang lengkap dengan segala kelemahan sebagaimana lemahnya UMNO yang tidak dapat dipulihkan walaupun mendapat pemimpin yang baru, namun orangnya tetap orang lama yang bersalutkan jenayah rasuah dan skandal.

13 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

biasa la...

PemudaGagasan berkata...

Salamz...

YB juga menyebarkan khabar angin di blog YB?

Bagaimana dengan berita di Bukit Selambau? Bukankah PKR Bahagian Jerai dibubarkan dan ketuanya mengumumkan akan menyokong calon selain dari calon PKR, tidak pula beliau mengiyhtiharkan 400 orang ahlinya yang lain akan menyertai UMNO?

Jadi bagaimana YB kaitkan berita sebenarnya di Bukit Selambau dengan musim masuk parti UMNO beramai-ramai di Bukit Gantang?

Ataupun YB sendiri yang mahu meniupkan khabar-khabar tertentu?

hahahaha

Tanpa Nama berkata...

taktik lama, org dah matang. taktik keluar parti sangat tidak diterima diluar negeri. rakyat akan lebih marah. tak percaya tengok keputusan pada 7hb nanti.

Sayanik berkata...

hehehe...memang lucu..
asal pilihan raya ada-ada sahaja ahli masuk UMNO..
sebelum pilihan raya tak nak masuk..
alasan pun sama sahaja..
"sudah tidak percaya kepada pemimpin..." meluat aku.

Unknown berkata...

salam.jangan layan cerita lama tu,yang penting kerja kuat.Tahukah anda sokongan terhadap DS Nizar sudah menurun,cari apa sebabnya jangan buang masa lagi,saya khuatir ianya akan berterusan hingga kesaat mengundi....sila ambil perhatian para jentera kempen P059....

Tanpa Nama berkata...

pemudagagasan hang nak tau kawasan jerai takdak kenamengena langsung dengan kawasan dun bt.selambau.india tu kecewa pasai dia tak lekat jadi calun,orang macam tu kalau dia jadi calun takdir menang macam osman jailu la bulih beli.Buat menyusah Ustaz Azizan saja perabih,buat perabih beras.

AnakWarisan berkata...

Aku kalau apa yang berita di tv tu siarkan tentang orang masuk BN sikit pun aku tak percaya.Aku punya sebab cakap macam ini,sebelum aku jadi ahli PAS dulu pun aku penyokong UMNO.Tapi aku malaslah nak cerita kat sini takut nanti orang kata aku nak kempen pulak.Cukuplah aku dan kawan-kawan aku saja yang mengalami peristiwa di sg korok,anak bukit.

Tanpa Nama berkata...

umno BN tak bela bangsa melayu islam...tolak mereka

Tanpa Nama berkata...

PEMUDA GAGASAN TAK MATANG LAGI.... SETIAP KALI PRK ATAU PRU MEMANG ADA YG BERPALING TADAH... IA BERLAKU SEBAGAI SATU PROSES PENAPISAN UTK MENILAI YG MANA PEJUANG SEJATI ATAU AHLI YG BERJUANG UTK AGENDA PERIBADI..... PARTI TIDAK AKAN LEMAH SEBALIKNYA AHLI YG SELAMA INI MENJADI BEBAN KEPADA PARTI SUDAH TIADA....

Tanpa Nama berkata...

KAN KITA DAH BAGITAU - JANGAN TENGOK BERITA TV RTM & TVSUKU SEKURANG2NYA 20 ATAU 30 MIN PERTAMA KERANA SEMUANYA BERITA BAKUL SAMPAH. MINTAK DI WAR2 KAN.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju dengan apa yang di perkatakan oleh tuan..PR masih muda dan masih dalam penapisan untuk pembersihan so tak de hal lah kalua sesaper nak kuar. Itu hak mereka, biarkan lah..Kalai ni kaliang so kita faham je la perangai dia tu...tak dapat jadi calun merajuk...kita tengok cara beliau memberi ucapan pun dah tau dia memang tak layak jadi YB dibandingkan dengan Manikumar cara menjawap, cara memberi pandangan dan halatuju perjuangan amat bernas semasa di temu ramah di Awani. Calun Bn pun tergagap2 nak jawap soalan dan jawapan lari dari apa yang di soalkan...

Tanpa Nama berkata...

kesian orang umno ns.....
terang2 kj ditolak...
apa salah dia.......
baca blog che det..........
depa dok berperang sekarang..

Tanpa Nama berkata...

sorry la...
komen diatas saya silap post..