29 Jun 2021

Ivermectin juga ditolak negara lain, bukan KKM sahaja


Ada
 yang buat laporan polis terhadap KKM kerana tak nak guna Ivermectin. Sedangkan KKM dalam proses kajian, tunggu dulu-lah hasil kajian nanti. Kalau berjaya, kita semua akan guna. Kalau tak berjaya macam Chloroquine itu, kita letak tepi-lah dan cukuplah duduk promote Ivermectin (IVM).

Buat habis masa duduk berbahas. Masa buat kenyataan pun tak pakai mask. Entah mereka faham atau tidak kajian-kajian yang dijalankan itu? Alasan mereka sudah banyak negara luluskan IVM ini. 

Tetapi kenyataan pihak berkuasa negara-negara yang didakwa itu menolak IVM:

Kerajaan India buang terus dari senarai untuk digunakan. Sebelum ini 4 wilayah dalam India guna sebagai kajian klinikal. Keputusan mendapati tak berkesan pun. Kemudian kerajaan India buat kenyataan rasmi, melarang penggunaan IVM. https://www.deccanherald.com/national/new-health-ministry-guideline-drops-use-of-ivermectin-hcq-favipiravir-from-covid-19-treatment-994613.html

Kerajaan Australia tidak luluskan pengambil ivermectin oleh orang awam. https://www.health.gov.au/news/health-alerts/novel-coronavirus-2019-ncov-health-alert/covid-19-treatments

Bahkan doktor yang mengamalkan ubat yang tak diluluskan itu dalam siasatan pihak berkuasa.

https://www.theguardian.com/australia-news/2021/feb/22/melbourne-doctors-under-review-for-promoting-discredited-covid-treatment

Kerajaan Jepun pun beri amaran kepada rakyatnya supaya jangan ambil semberono. Jepun luluskan untuk kajian macam Malaysia. https://www.japantimes.co.jp/news/2021/02/21/national/drugs-import-coronavirus/

Kerajaan Singapura tak lulus langsung. Pakar Perubatan mereka pun menjawab bahawa tiada bukti kukuh setakat ini. https://www.straitstimes.com/singapore/trending-covid-19-claims-fact-or-fiction

Kerajaan Filipina pun tidak luluskan. Mereka nak tunggu hasil kajian klinikal yang dijalankan. https://www.pna.gov.ph/articles/1137657

FDA di Filipina pun beri amaran supaya tidak ambil Ivermectin sesuka hati. https://www.fda.gov.ph/fda-advisory-no-2021-0526-public-health-warning-on-the-purchase-and-use-of-ivermectin-veterinary-products-for-covid-19/

Kementerian Kesihatan Afrika Selatan pun tidak menerima. http://www.health.gov.za/wp-content/uploads/2021/01/Rapid-review-of-Ivermectin-for-COVID-19_25January2021.pdf

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 27/6/2021

PENAFIAN:
Cina Islam tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Cina islam.  Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Tiada ulasan: