28 Jun 2021

1GB data internet percuma hingga hujung tahun


KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara bersetuju melanjutkan pemberian satu gigabit (GB) data internet harian secara percuma sehingga 31 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, kemudahan internet ketika ini dianggap utiliti keperluan asas bagi hampir semua aktiviti harian, termasuk pembelajaran, bekerja dari rumah (BDR), pembelian barangan secara dalam talian dan perkhidmatan kerajaan serta swasta.

"Lanjutan kemudahan dianggar bernilai RM500 juta ini bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. BH/-

Tiada ulasan: