28 Jun 2021

Pengumuman khas PM petang ini.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) petang ini.

Pemulih dijangka menyentuh bantuan yang lebih komprehensif segenap lapisan masyarakat merangkumi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Pengumuman khas itu akan dipancarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan jam 5 petang.

Tiada ulasan: