26 Ogos 2021

PM dijangka menghadap Agong persembah senarai kabinet baharu hari ini

I


Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan ini bagi mempersembahkan senarai nama jemaah kabinet untuk mendapat perkenan Baginda.

Sesi menghadap dijangka berlangsung di sebelah pagi.

Ismail Sabri sebelum ini memaklumkan akan umum jemaah Kabinetnya minggu ini.

Pengumuman itu, jelas beliau, akan dibuat selepas mendapat perkenan Tuanku.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu susulan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan. SH/-

Tiada ulasan: