26 Ogos 2021

Kabinet baharu diumum esok

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi esok.

Perkara ini disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Ini selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet baharu.

Dalam kenyataan itu menyebut majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula berlangsung Isnin ini jam 2.30 petang.




Tiada ulasan: