26 Ogos 2021

Perdana Menteri persembah senarai Jemaah Menteri

 PERDANA Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah senarai Jemaah Menteri. - Foto Facebook Istana Negara

PERDANA Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah senarai Jemaah Menteri. - Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Istana Negara sebentar tadi, sesi menghadap Seri Paduka berlangsung selama satu jam 30 minit.

Majlis yang bermula jam 11 pagi itu adalah bagi Perdana Menteri mempersembah senarai anggota Jemaah Kabinet baharu.

Tiada ulasan: