26 Ogos 2021

Ismail Sabri selepas menghadap Agong

 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai kepada pengamal media ketika tiba di Istana Abdulaziz bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan senarai nama Kabinet bagi perkenan baginda. - Foto BERNAMA

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di sini sebentar tadi.

Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua jam dan ia difahamkan, bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari perkarangan Istana Abdulaziz pada jam 1.38 tengah hari.

Beliau sekali lagi melambaikan tangan kepada petugas media yang membuat liputan.

Difahamkan, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dijangka akan mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan mengenai senarai Jemaah Menteri.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Jumaat lalu, tumpuan terarah kepada mereka yang bakal menyertai barisan Kabinet dalam pentadbiran Ismail Sabri.

Pemerhati politik berpendapat, Ismail Sabri dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan senarai nama barisan Kabinetnya disebabkan negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

Beliau memerlukan pasukan yang mantap kerana di bahu mereka tergalas tanggungjawab besar untuk membawa keluar negara daripada pandemik, menangani masalah ekonomi serta kesejahteraan rakyat yang terjejas.

Tiada ulasan: