28 Ogos 2021

PARALIMPIK: Bonnie raih emas pertama Malaysia

 Bonnie berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72 kilogram (kg) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di  Tokyo International Forum hari ini. Bonnie berjaya memecahkan rekod paralimpik dengan angkatan 228 kg.

Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg), sebentar tadi.

Bonnie merangkul emas dengan angkatan terbaiknya 228 kg sekali gus memecahkan rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.

Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Tokyo International Forum, mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.

Tempat kedua milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.

Sebelum ini, Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg di kejohanan Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai, Jun lalu.

Bonnie melakukan angkatan pertama seberat 217 kilogram (kg) bagi kategori 72 kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini.
Bonnie melakukan angkatan pertama seberat 217 kilogram (kg) bagi kategori 72 kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini.

Bonnie (tengah) bergambar dengan atlet dari Mesir dan Great Britain, Attia Mahmoud (kiri) dan Yule Micky setelah berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72 kilogram (kg) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini.

Tiada ulasan: