28 Ogos 2021

61.1 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksin

 

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 61.1 peratus atau 14,297,962 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.



Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 19,090,140 individu atau 81.5 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 33,388,102 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 343,900 dos diberikan semalam dengan 202,408 merupakan dos kedua.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi hantaran di laman Facebooknya pula mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, GPs dan sukarelawan di seluruh negara yang telah berjuang bersungguh-sungguh dalam memastikan negara ini bebas daripada ancaman pandemik Covid-19 ini.

Tiada ulasan: