30 Ogos 2021

62.6 peratus populasi dewasa lengkap vakin COVID-19

 Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Ghazali Kori

Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, sebanyak 82.8 peratus atau 19,389,392 orang adalah penerima dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,027,548 dos.

Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.2 peratus atau 63,830 orang daripada populasi dewasa wilayah persekutuan itu lengkap dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 90.3 peratus (5,563,589 orang), Sarawak 86.7 peratus (1,770,942 orang), dan Negeri Sembilan 77.5 peratus (631,173 orang), Perlis 65.6 peratus (118,916 orang), Melaka 57 peratus (386,198 orang) dan Pulau Pinang 54.6 peratus (746,992 orang).

Pahang pula merekodkan sebanyak 50.6 peratus (595,319 orang), Perak 46.9 peratus (873,315 orang), Terengganu 46.8 peratus (378,444 orang), Johor 46.1 peratus (1,249,133 orang) dan Kelantan 43.7 peratus (542,670 orang).

Sementara, Sabah kekal negeri paling rendah menerima suntikan vaksin iaitu 38 peratus (1,047,277 orang) diikuti Kedah 44.2 peratus atau seramai 680,792 orang dan Kelantan 43.9 peratus (542,670 orang).

Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian semalam adalah sebanyak 302,804 dos membabitkan 142,186 dos pertama dan 160,618 dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok COVID-19.

BH/-

Tiada ulasan: