30 Ogos 2021

Mahdzir, Shahidan, Idris, Faizal Azumu selesai angkat sumpah jawatan

 Senator Idris Ahmad (kiri) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Foto FAIL NSTP

PreviousNext

KUALA LUMPUR: Kumpulan kelima anggota Jemaah Menteri diketuai Datuk Seri Mahdzir Khalid, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini. 

Berada dalam kumpulan sama dengan Mahdzir yang dilantik menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Kumpulan menteri itu turut mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Mereka kemudian menandatangani surat sumpah di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

BH/-

Tiada ulasan: