30 Ogos 2021

Kemasukan ICU kes Covid-19 di Lembah Klang turun

 

KUALA LUMPUR: Kemasukan pesakit Covid-19 ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital Lembah Klang sekarang menunjukkan trend penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap.

Katanya di Hospital Sungai Buloh kemasukan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 semakin berkurangan.

“Kadar vaksinasi Covid-19 kian meningkat khususnya di Lembah Klang terus menunjukkan tanda-tanda awal yang positif.

“Marilah kita bersama-sama berusaha memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang yang layak menerima dos vaksinasi lengkap bagi mengurangkan risiko keterukan penyakit dan kemasukan ke hospital.

“Ia juga dapat mengurangkan risiko kemasukan ke ICU dan kurang risiko kematian akibat Covid-19,” katanya pada perkongsian di laman sosialnya hari ini.

Bagaimanapun beliau memberi ingatan kepada orang ramai. Bagi individu
yang lengkap dos vaksin Covid-19 perlu terus memakai pelitup muka (sebaik-baiknya double face mask & face shield).

Selain itu menjaga penjarakan fizikal dengan mengelakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Ingatan juga supaya orang ramai kerap mencuci tangan sebagai usaha dan ikhtiar mencegah dan membendung penularan jangkitan virus Covid-19. – HARAKAHDAILY 30/8/2021

Tiada ulasan: