20 Ogos 2021

Ismail Sabri angkat sumpah esok

 Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok. - Foto BERNAMA

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijalankan esok, jam 2.30 petang.

Baginda berkata selaku Ketua Utama Negara menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara.

Baginda berharap kemelut politik dapat diakhiri segera dan semua Ahli Dewan Rakyat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.

Tiada ulasan: