20 Ogos 2021

Raja-Raja Melayu bincang calon Perdana Menteri hari ini

Rakyat Malaysia hari ini akan memberi tumpuan kepada perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuk calon Perdana Menteri kesembilan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri akan mempengerusikan perbincangan tersebut seperti mana dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.

Pada perbincangan khas kali ini pula, ia diadakan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos lalu yang hilang majoriti apabila terdapat ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadapnya.

Justeru, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ahli Parlimen untuk menghantar surat akaun secara bertulis kepada Istana Negara bagi menamakan dan menyatakan sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

 Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat sebagai calon yang paling layak apabila Seramai 114 ahli Parlimen yang membuat pengesahan sokongan keoadanya dipanggil ke Istana semalam dan memberi pengakuan dihadapan Agong dan beliau memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Tiada ulasan: