31 Ogos 2021

PARALIMPIK: Siti Noor Iasah tidak berdaya

 Atlet balapan paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin menduduki tempat kelapan pada acara final, hari ini. - BERNAMA

Atlet balapan paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin menduduki tempat kelapan pada acara final, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menutup tirai acara 400 meter (m) wanita T20 di Sukan Paralimpik Tokyo dengan berada di tempat terakhir daripada lapan peserta, sebentar tadi.

Siti, 32, mencatatkan 1 minit 01.05 saat (s) di Stadium Olimpik Tokyo sekali gus menutup tirai kariernya di Sukan Paralimpik dengan kekecewaan apabila sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara sebaik tamat penampilan di bumi Matahari Terbit itu.

Atlet Amerika Syarikat, Breanna Clark yang melakar rekod temasya baharu semalam, memenangi pingat emas dengan catatan 55.18s sekali gus memadamkan rekod dunia 55.99s dilakukannya di Grand Prix Arizona, Amerika Syarikat pada 2018.

Yuliia Shuliar dari Ukraine meraih perak dengan catatan 56.18s yang juga rekod baharu Asia, manakala Jardenia Felix Barbosa de Silva membawa pulang gangsa, 57.43s.

Semalam, Siti mara ke peringkat final selepas berada dalam kelompok lapan terbaik dalam perlumbaan saringan dengan melakukan catatan 59.89s.

Catatannya itu bagaimanapun tidak sebaik rekod peribadi terbaiknya, 58.55s dilakukannya di Paralimpik Rio 2016.

Tiada ulasan: